Malaysia Raih Tempat Teratas Dalam Indeks Pembangunan Kewangan Islam Dunia 2025
Malaysia sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran kewangan Islam paling maju di dunia, menurut Laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2025 yang diterbitkan oleh London Stock Exchange Group (LSEG) dengan kerjasama Islamic Corporation for the Development of the Private Sector (ICD), sebuah entiti di bawah Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB). Laporan tahunan itu menilai tahap […]
MUIS Perkenal Sijil Halal Digital, Proses Lebih Lancar dan Telus
Langkah inovatif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan sijil Halal digital baharu menerima sambutan positif daripada penggiat industri makanan dan minuman (F&B), yang melihatnya sebagai transformasi penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, ketelusan serta keyakinan pengguna terhadap status Halal produk. Dilancarkan pada 1 Oktober lalu, sijil Halal digital MUIS menampilkan kod QR dengan kemas kini masa […]
Era Baharu Kewangan Islam: Cadangan Mata Wang Digital Halal Berasaskan Emas
Malaysia kini sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan mata wang digital Halal berasaskan emas, yang disifatkan sebagai langkah strategik untuk membina sistem kewangan Islam yang bebas daripada pengaruh kuasa barat serta lebih stabil dalam jangka panjang. Menurut Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Provos dan Dekan Sekolah Siswazah Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), sejarah Islam telah […]
Vietnam Pacu Ekonomi Halal Dunia Dengan Lonjakan Eksport ke Eropah
Vietnam kini muncul sebagai antara ekonomi paling dinamik di Asia, didorong oleh rangkaian 17 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menghubungkan negara itu dengan pasaran utama di Asia, Eropah dan Amerika. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan tarif perdagangan, tetapi turut membuka peluang besar dalam sektor bernilai tinggi seperti pertanian, pemprosesan makanan dan perkhidmatan Halal, menjadikan Vietnam […]
Malaysia–Pakistan Umum Kuota Dagangan Daging Halal Bernilai RM940 Juta
Malaysia dan Pakistan mengumumkan pelancaran kuota dagangan baharu bernilai AS$200 juta (RM940 juta) bagi eksport daging Halal ke Malaysia, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi digital, pendidikan dan pertanian. Pengumuman ini dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia, di mana beliau mengadakan rundingan dua hala menyeluruh bersama Perdana […]
Restoran & Kafe IKEA Seluruh Malaysia Kini Halal-Certified!
Semua restoran, kafe dan bistro IKEA di seluruh Malaysia kini secara rasmi diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Langkah ini menandakan kejayaan besar buat jenama perabot dan gaya hidup global itu, sekali gus mengukuhkan keyakinan pelanggan Muslim terhadap hidangan yang disajikan di semua premis IKEA di Malaysia. Dalam kenyataan rasminya, IKEA Malaysia berkata […]
Malaysia Perluas Jaringan 92 Badan Pensijilan Halal Antarabangsa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan senarai terbaharu Badan Pensijilan Halal Antarabangsa (FHCB) yang diiktiraf berkuat kuasa 29 Ogos 2025. Kemas kini ini mengekalkan Malaysia sebagai penanda aras global dalam tadbir urus Halal, di samping memudahkan perdagangan rentas sempadan yang patuh syariah. Secara keseluruhan, 92 badan daripada 48 negara kini diiktiraf untuk mengesah dan mengesahkan […]
MIHAS 2025 Catat Rekod RM4.97 Bilion, Kukuhkan Kedudukan Malaysia sebagai Hab Halal Global
KUALA LUMPUR – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai platform perdagangan Halal terbesar dunia apabila berjaya mencatat nilai dagangan mencecah RM4.97 bilion, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak RM4.5 bilion. Acara tahunan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ini berlangsung dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan […]
Rusia Mahu Tingkatkan Eksport Daging dan Produk Tenusu Halal ke Malaysia
Rusia berhasrat untuk meningkatkan eksport daging dan produk tenusu yang diperakui Halal ke Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk memperkukuh perdagangan dua hala, khususnya dalam sektor makanan dan pertanian. Pengarah Jabatan Kerjasama Ekonomi Pelbagai Hala Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia, Nikita Kondratev, berkata banyak syarikat Rusia kini telah menerima pengiktirafan pensijilan Halal daripada […]
Indonesia Cari Kerjasama Industri Halal Global di INA-LAC 2025
Indonesia berusaha memperkukuh kerjasama dengan industri Halal global menerusi Forum Perniagaan Indonesia–Amerika Latin dan Caribbean (INA-LAC) 2025 yang berlangsung di São Paulo, Brazil, pada 22–23 September 2025. Timbalan Ketua Bidang Perkongsian dan Penyeragaman Halal, BPJPH, Abd Syakur, berkata inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan perdagangan Halal Indonesia selaras dengan peraturan dan standard antarabangsa. Dalam satu kenyataan […]