Dasar Halal Indonesia Dorong Duopharma Luaskan Eksport

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 — Duopharma Biotech Bhd menjangkakan permintaan terhadap produk farmaseutikal berstatus halal akan terus meningkat di Indonesia, susulan dasar baharu negara itu yang bakal mewajibkan pematuhan halal sepenuhnya bagi produk over-the-counter (OTC) menjelang tahun 2027. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar, pasaran Indonesia kini dilihat sebagai ruang pertumbuhan […]

MAQIS Rampas Produk Ikan Sejuk Beku Mengandungi DNA Babi

BUTTERWORTH, 21 Mei 2025 — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan mengimport produk makanan sejuk beku dari China yang disahkan mengandungi DNA babi dan ayam, sekaligus melanggar peraturan pengimportan makanan negara. Menurut Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib, produk berkenaan ditahan di Pintu Masuk MAQIS North Butterworth […]

Australia-Malaysia Perkukuh Dagangan Halal

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025 — Kerajaan Australia kini dalam rundingan dengan Malaysia untuk membentuk perkongsian strategik bagi memperkukuh industri eksport daging halal negara itu, khususnya ke pasaran Malaysia yang semakin berkembang. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke, berkata hasil rundingan ini akan menjadi penentu penting dalam mengukuhkan kelebihan daya saing kedua-dua negara dalam […]

Lawatan PMX ke Rusia Buka Laluan Dagangan Halal dan Teknologi Tinggi

KAZAN, 16 Mei 2025 — Malaysia berpotensi meraih sehingga USD10 bilion (RM47 bilion) dalam bentuk peluang dagangan dan pelaburan bersama Rusia dalam tempoh lima tahun akan datang, hasil pemerkasaan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor strategik. Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim, lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia […]