EXIM Bank Salur AS$70 Juta Pembiayaan Islamik untuk Pembangunan Four Seasons di Okinawa

Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah meluluskan kemudahan Pembiayaan Pelaburan Luar Negara Islamik berjumlah AS$70 juta (RM293 juta) kepada anak syarikat milik penuh Berjaya Land Bhd, iaitu Berjaya Okinawa Investment (S) Pte Ltd, bagi membiayai pembangunan Four Seasons Resort & Private Residences Okinawa di Jepun. Dalam kenyataan rasmi, Berjaya Land memaklumkan bahawa Berjaya […]

MITI: Produk Halal dari Amerika Tetap Tertakluk pada Piawaian JAKIM dan Undang-Undang Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2025 – Kerajaan menegaskan bahawa proses pengimportan produk halal dari Amerika Syarikat (AS) akan kekal tertakluk kepada piawaian halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), walaupun di bawah pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–AS. Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong, setiap produk yang […]

MUIS Perkenal Sijil Halal Digital, Proses Lebih Lancar dan Telus 

Langkah inovatif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan sijil Halal digital baharu menerima sambutan positif daripada penggiat industri makanan dan minuman (F&B), yang melihatnya sebagai transformasi penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, ketelusan serta keyakinan pengguna terhadap status Halal produk.  Dilancarkan pada 1 Oktober lalu, sijil Halal digital MUIS menampilkan kod QR dengan kemas kini masa […]

Malaysia–Pakistan Umum Kuota Dagangan Daging Halal Bernilai RM940 Juta

Malaysia dan Pakistan mengumumkan pelancaran kuota dagangan baharu bernilai AS$200 juta (RM940 juta) bagi eksport daging Halal ke Malaysia, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi digital, pendidikan dan pertanian. Pengumuman ini dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia, di mana beliau mengadakan rundingan dua hala menyeluruh bersama Perdana […]

Rusia Mahu Tingkatkan Eksport Daging dan Produk Tenusu Halal ke Malaysia

Rusia berhasrat untuk meningkatkan eksport daging dan produk tenusu yang diperakui Halal ke Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk memperkukuh perdagangan dua hala, khususnya dalam sektor makanan dan pertanian. Pengarah Jabatan Kerjasama Ekonomi Pelbagai Hala Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia, Nikita Kondratev, berkata banyak syarikat Rusia kini telah menerima pengiktirafan pensijilan Halal daripada […]

Daging Import dari Australia Haram?

Baru-baru ini, tular sebuah video lama di media sosial yang mendakwa kononnya daging yang diimport dari Australia tidak mematuhi piawaian Halal. Rakaman tersebut, yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2022, kembali tersebar dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberikan penjelasan rasmi bahawa semua daging import dari Australia […]

AS Mahu Audit Halal Dilaksana Badan Diiktiraf JAKIM

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) mencadangkan agar proses audit berkaitan pematuhan piawaian Halal seperti penyembelihan tidak lagi dilaksanakan secara langsung oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebaliknya diserahkan kepada dua badan pensijilan Halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM di negara berkenaan. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk […]

Malaysia-Poland Perkukuh Kerjasama Halal, Teknologi Hijau dan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Malaysia dan Poland bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama termasuk industri Halal, pertahanan, teknologi digital, dan tenaga hidrogen hijau. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Poland dalam teknologi moden menjadikannya rakan dagang penting di peringkat Kesatuan Eropah dan rantau ini. […]

Makiplago Umum Pavilion Halal Inovatif Terbesar di MIHAS 2025

PETALING JAYA, 1 Jun  2025 — Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025 bakal menyaksikan pelancaran pavilion halal terbesar setakat ini, dengan tumpuan khusus kepada memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pavilion mega ini diperkenalkan oleh Makiplago Sdn Bhd, syarikat yang menerajui inisiatif ini, dalam satu majlis pra-pelancaran yang diadakan […]

Dasar Halal Indonesia Dorong Duopharma Luaskan Eksport

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 — Duopharma Biotech Bhd menjangkakan permintaan terhadap produk farmaseutikal berstatus halal akan terus meningkat di Indonesia, susulan dasar baharu negara itu yang bakal mewajibkan pematuhan halal sepenuhnya bagi produk over-the-counter (OTC) menjelang tahun 2027. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar, pasaran Indonesia kini dilihat sebagai ruang pertumbuhan […]