MPAJ Laksana Bayaran Pelekat Gred Kebersihan Demi Tingkat Taraf Premis Makanan

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal mengenakan caj baharu kepada pengusaha premis makanan bagi pelekat gred kebersihan serta pemeriksaan semula wajib mulai tahun 2026. Langkah ini akan dilaksanakan kepada semua pengusaha yang memperbaharui lesen perniagaan mereka untuk tahun 2026, dengan proses pembaharuan telah pun bermula sejak 1 Oktober lalu. Menurut kenyataan media MPAJ, caj tahunan […]

MUIS Perkenal Sijil Halal Digital, Proses Lebih Lancar dan Telus 

Langkah inovatif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan sijil Halal digital baharu menerima sambutan positif daripada penggiat industri makanan dan minuman (F&B), yang melihatnya sebagai transformasi penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, ketelusan serta keyakinan pengguna terhadap status Halal produk.  Dilancarkan pada 1 Oktober lalu, sijil Halal digital MUIS menampilkan kod QR dengan kemas kini masa […]

Vietnam Pacu Ekonomi Halal Dunia Dengan Lonjakan Eksport ke Eropah

Vietnam kini muncul sebagai antara ekonomi paling dinamik di Asia, didorong oleh rangkaian 17 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menghubungkan negara itu dengan pasaran utama di Asia, Eropah dan Amerika. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan tarif perdagangan, tetapi turut membuka peluang besar dalam sektor bernilai tinggi seperti pertanian, pemprosesan makanan dan perkhidmatan Halal, menjadikan Vietnam […]

Malaysia–Pakistan Umum Kuota Dagangan Daging Halal Bernilai RM940 Juta

Malaysia dan Pakistan mengumumkan pelancaran kuota dagangan baharu bernilai AS$200 juta (RM940 juta) bagi eksport daging Halal ke Malaysia, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi digital, pendidikan dan pertanian. Pengumuman ini dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia, di mana beliau mengadakan rundingan dua hala menyeluruh bersama Perdana […]

Sepanyol Peruntuk RM570,000 Untuk Makanan Halal Tentera Maghribi

Kerajaan Sepanyol telah memperuntukkan sebanyak €113,000 (kira-kira RM573,000) bagi menyediakan makanan halal kepada 86 anggota tentera Maghribi yang sedang menjalani latihan ketenteraan di limbungan kapal San Fernando, milik syarikat pembinaan kapal milik negara, Navantia. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada perjanjian dua hala antara Sepanyol dan Maghribi, yang memastikan setiap sajian mematuhi sepenuhnya hukum pemakanan Islam […]

JAKIM Sokong Langkah BPJPH Tarik Balik Produk Tak Patuh Halal

KUALA LUMPUR, 23 April 2025 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil langkah proaktif dan tegas susulan pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia berhubung penarikan balik beberapa produk makanan dari pasaran yang didapati mengandungi DNA khinzir (porcine). Menurut kenyataan media yang dikeluarkan JAKIM, […]

9 Produk Makanan Diproses Dikesan Mengandungi Unsur Porcine

JAKARTA – Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dengan kerjasama Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) telah melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap produk makanan dan ubat-ubatan yang berada di pasaran, khususnya berkaitan dengan tuntutan status Halal produk. Pemantauan ini dilaksanakan berdasarkan Perjanjian Kerjasama (PKS) antara kedua-dua agensi, iaitu PKS No. 10 Tahun 2024 (BPJPH) dan KS.01.01.2.06.24.05 […]

Renyuk, Goncang, Makan dan Menang bersama Mamee Monster!

“Renyuk, goncang dan makan!” – Siapa yang tidak kenal dengan lagu ikonik ini setiap kali membuka pek Mamee Monster? Snek legenda ini telah menemani rakyat Malaysia sejak tahun 1971, memberikan kepuasan dengan teksturnya yang rangup serta rasa yang unik. Namun, di sebalik keenakan ini, satu perkara yang menjadi keutamaan Mamee adalah memastikan proses pengeluaran produknya memenuhi standard Halal Malaysia (SPHM).