HDC Catat Potensi Jualan Produk Halal RM345.2 Juta di Tokyo
KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 – Halal Development Corporation Bhd (HDC) sekali lagi membuktikan keupayaan Malaysia dalam sektor Halal apabila berjaya membawa pulang potensi jualan bernilai RM345.2 juta daripada penyertaan dalam pameran Japan International Food & Beverage Expo (JFEX) Summer Show 2025 yang berlangsung di Tokyo dari 9 hingga 11 Julai lalu. Menurut Ketua Kerjasama […]
Brahim’s Teroka Pasaran Makanan Halal ASEAN dan Antarabangsa
BANGI, 18 Julai 2025 – Brahim’s Holdings Bhd kini optimis terhadap masa depan perniagaan katering penerbangan serta merancang untuk memperluas kehadirannya dalam pasaran makanan Halal global, menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad. Ketika sambutan ulang tahun ke-37 syarikat itu di Bangi, beliau berkata semakin banyak syarikat penerbangan kembali menggunakan perkhidmatan Brahim’s, termasuk dua syarikat […]
Zahid Hamidi Umum Kerjasama Halal ASEAN dan New Zealand
WELLINGTON, 17 Julai 2025 – Malaysia menyatakan kesediaannya untuk menjadi hab pengedaran utama bagi produk Halal dari New Zealand ke pasaran ASEAN sebagai usaha memperkukuh ekosistem Halal serantau dan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia itu berkata, dua badan pensijilan Halal di New Zealand […]
Malaysia-Poland Perkukuh Kerjasama Halal, Teknologi Hijau dan Pertahanan
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Malaysia dan Poland bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama termasuk industri Halal, pertahanan, teknologi digital, dan tenaga hidrogen hijau. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Poland dalam teknologi moden menjadikannya rakan dagang penting di peringkat Kesatuan Eropah dan rantau ini. […]
Makiplago Umum Pavilion Halal Inovatif Terbesar di MIHAS 2025
PETALING JAYA, 1 Jun 2025 — Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2025 bakal menyaksikan pelancaran pavilion halal terbesar setakat ini, dengan tumpuan khusus kepada memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pavilion mega ini diperkenalkan oleh Makiplago Sdn Bhd, syarikat yang menerajui inisiatif ini, dalam satu majlis pra-pelancaran yang diadakan […]
Malaysia Sasar Eksport Produk Halal ke Timur Tengah
KUALA LUMPUR, 28 Mei 2025 — Malaysia kini melihat peluang besar untuk meningkatkan eksport produk Halal ke negara-negara Timur Tengah, terutamanya kepada anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dalam usaha mengukuhkan kedudukan sebagai hab Halal global dan mengimbangi ketidaktentuan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Negara-negara GCC yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, […]
MIHAS2025@Shanghai: Peluang Keemasan Produk Halal Malaysia Tembusi Pasaran China
Menurut MATRADE, kejayaan MIHAS@Dubai pada November 2024 telah membuka ruang untuk penganjuran edisi seterusnya di Shanghai. “Acara berprestij ini memberi peluang kepada perniagaan Malaysia untuk memperkenalkan produk mereka ke pasaran China, sekaligus mengukuhkan kehadiran mereka di peringkat global,” kata kenyataan rasmi MATRADE.