Malaysia-Poland Perkukuh Kerjasama Halal, Teknologi Hijau dan Pertahanan
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Malaysia dan Poland bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama termasuk industri Halal, pertahanan, teknologi digital, dan tenaga hidrogen hijau. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Poland dalam teknologi moden menjadikannya rakan dagang penting di peringkat Kesatuan Eropah dan rantau ini. […]