Presiden Persatuan Peruncit Rokok Elektronik Malaysia (MRECA), Dato Adzwan Abdul Manas, menyifatkan langkah beberapa negeri melarang penjualan vape sebagai pendekatan yang tidak berkesan.
Menurut beliau, larangan menyeluruh tidak menyelesaikan isu produk tercemar dan penggunaan bawah umur kerana masalah tersebut berpunca daripada sindiket haram, bukannya peruncit sah. Sebaliknya, larangan hanya akan menghukum pengusaha berdaftar dan memberi laluan kepada pasaran gelap tanpa kawalan.
Beliau menegaskan bahawa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah pun digubal untuk mengawal selia industri vape secara menyeluruh. Justeru, usaha perlu ditumpukan kepada pelaksanaan dan penguatkuasaan tegas terhadap pemain tidak sah.
MRECA menyokong peraturan yang ketat untuk melindungi pengguna dan golongan muda, namun menolak larangan total yang menurutnya bakal menggagalkan perlindungan kesihatan awam serta merugikan perniagaan sah.
Sumber Gambar: keppo.my