Skip to content
  • Home
  • F&B
  • Health
  • Lifestyle
  • Halal Events
  • Technology
  • Global
F&B Global
10/11/202506/11/2025Syafa Kamarul

Elak Tertipu! Hanya Sijil Halal Malaysia Diiktiraf – JAKIM Perjelas Isu “Muslim Choice”

KUALA LUMPUR, 3 November 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa istilah “Muslim Choice” bukanlah tanda pengesahan halal rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan rasmi itu dimuat naik menerusi laman Facebook JAKIM, malam semalam dan segera menarik perhatian ramai pengguna Muslim di media sosial, khususnya golongan muda yang aktif membeli produk makanan, minuman dan gaya hidup.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, penggunaan label “Muslim Choice” yang diperkenalkan oleh Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) boleh menimbulkan kekeliruan awam terhadap status halal produk atau premis makanan tertentu.

“Hanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia,” tegasnya.

Penggunaan Istilah ‘Halal’ Tanpa Kebenaran Adalah Kesalahan Undang-Undang

Dr Sirajuddin turut menjelaskan bahawa sebarang penggunaan logo, simbol atau istilah yang memberi gambaran halal tanpa kebenaran sah adalah menyalahi undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Tindakan seperti ini boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna yang mempercayai label seperti “Muslim Choice” tanpa semakan lanjut.

Menurut JAKIM, pihaknya pernah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 bagi menasihatkan mereka supaya menghentikan penggunaan label tersebut.

Namun, aduan terkini menunjukkan aktiviti promosi “Muslim Choice” masih diteruskan, walaupun telah diberikan peringatan rasmi oleh pihak berkuasa.

Remaja Muslim Diingatkan Lebih Peka dan Bijak Memilih Produk

JAKIM turut mengingatkan bahawa pengguna, khususnya remaja Muslim, perlu lebih berhati-hati dalam membuat pilihan produk yang dikatakan halal.

Label seperti “Muslim Choice”, “Muslim Friendly” atau “Diperakui Muslim” tidak boleh dianggap sebagai sijil halal rasmi kecuali disahkan oleh JAKIM atau MAIN/JAIN.

Langkah mudah elak kekeliruan:

  • Periksa logo rasmi Halal Malaysia lengkap dengan nombor siri dan nama syarikat.
  • Guna portal rasmi halal.gov.my atau aplikasi Verify Halal™ untuk semakan status halal.
  • Elak produk yang hanya guna istilah seperti “Muslim Choice” tanpa bukti pensijilan sah.
  • Pilih jenama yang telus dan jelas sumber halalnya.

Halal Bukan Sekadar Logo, Tapi Nilai & Kepercayaan

JAKIM menegaskan bahawa halal bukan sekadar lambang atau logo, tetapi merangkumi jaminan terhadap kebersihan, keselamatan, dan keberkatan dalam penghasilan sesuatu produk.

“Sebagai generasi Muslim moden, kita perlu menjadi pengguna yang bijak, berprinsip dan menjaga nilai agama dalam setiap pilihan,” jelas kenyataan itu.

JAKIM menyeru semua pihak – termasuk pengusaha industri, peniaga kecil dan pengguna – supaya hanya merujuk kepada Logo Halal Malaysia yang sah, bagi memastikan keaslian dan integriti status halal terus terpelihara.

Sumber : REMAJA

Tagged f&b, halal, halal malaysia, Industri, integriti, JAIN, jakim, lOGO, logo halal, malaysia, MFW, Muslim Choice, muslim friendly, pengusaha, portal halal, PPD 2011, sijil halal, sphm, verify halal
Syafa Kamarul

Post navigation

Emas Patuh Syariah Jadi Pilihan Pelabur di Malaysia dan Negara Lain
“Muslim Choice” Bukan Logo Halal Rasmi – MFW Mohon Maaf & Henti Penggunaan Segera

Related Posts

F&B Health
26/08/202626/08/2026Syahira Ruslan

Halal Logo Misuse: Three Firms Charged in Penang

Tagged Consumer Awareness, Halal Certification, halal malaysia, Penang News, Trade Descriptions Act, verify halal
F&B Health Lifestyle
11/08/202610/08/2026Syahira Ruslan

A Muslim Name Doesn’t Make It Halal: Certification Does

Tagged Halal Compliance vs Perception, Malaysia Halal Certification, Muslim Name Halal Certification, Official Halal Logo, Verify Halal App
F&B Global Health Lifestyle
08/08/202608/08/2026Khairom Munawwar

Philippines Islamic Council Revokes Halal Status for Four Popular Canned Beef Loaf Brands

Tagged Argentina Beef Loaf, Canned Beef Loaf Halal, Century Pacific Food, Halal Certification Revocation, Halal Meat Integrity, IDCP Halal Status Revoked, Islamic Da'wah Council of the Philippines, Philippines Halal Certification

Recent Post

Halal Logo Misuse: Three Firms Charged in Penang
26/08/202626/08/2026Syahira Ruslan
Tagged Consumer Awareness, Halal Certification, halal malaysia, Penang News, Trade Descriptions Act, verify halal
Halal Cosmetics Are More Than a Beauty Trend
21/08/202621/08/2026Syahira Ruslan
Tagged animal derived cosmetic ingredients, halal beauty standards, halal cosmetics, halal skincare, ingredient sourcing, Verify Halal App
A Muslim Name Doesn’t Make It Halal: Certification Does
11/08/202610/08/2026Syahira Ruslan
Tagged Halal Compliance vs Perception, Malaysia Halal Certification, Muslim Name Halal Certification, Official Halal Logo, Verify Halal App
Philippines Islamic Council Revokes Halal Status for Four Popular Canned Beef Loaf Brands
08/08/202608/08/2026Khairom Munawwar
Tagged Argentina Beef Loaf, Canned Beef Loaf Halal, Century Pacific Food, Halal Certification Revocation, Halal Meat Integrity, IDCP Halal Status Revoked, Islamic Da'wah Council of the Philippines, Philippines Halal Certification
A Small Brush, A Big Consequence: Why Animal Hair Brushes Are Prohibited in Halal-Certified Factories
29/07/202629/07/2026Syahira Ruslan
Tagged animal hair brushes halal, halal, halal assurance system, halal malaysia, halalan toyyiban, jakim, malaysia, non-food contact contamination, sijil halal, VH SMART

Categories

  • F&B (79)
  • Global (147)
  • Halal Events (62)
  • Health (11)
  • Lifestyle (35)
  • Technology (22)

©2026. Verify Halal. All Rights Reserved.

  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us