MIHAS@Shanghai Catat RM3.2 Bilion Jualan, Kukuhkan Malaysia Sebagai Hab Halal Dunia
KUALA LUMPUR, 13 November 2025 – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi Shanghai mencatat kejayaan luar biasa apabila merekodkan jualan keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion, sekali gus melepasi sasaran asal RM3 bilion yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Dalam kenyataannya, MATRADE menegaskan bahawa pencapaian ini membuktikan keyakinan global terhadap jenama halal Malaysia, selain […]
24 Syarikat Jordan Terima Sijil Halal dan Kualiti Jordan – Bukti Komitmen terhadap Piawaian Global
AMMAN, Jordan – Sebanyak 24 syarikat tempatan di Jordan telah menerima pengiktirafan rasmi daripada Jordan Standards and Metrology Organization (JSMO), dengan 16 syarikat dianugerahkan Sijil Tanda Kualiti Jordan (Jordanian Quality Mark) manakala 8 syarikat lagi menerima Sijil Halal. Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Jordan untuk meningkatkan daya saing produk tempatan dan […]
Syarikat Singapura Tubuh Kilang Pemprosesan Makanan Halal Bernilai RM50 Juta di Johor
SIMPANG RENGGAM, 31 Oktober 2025 – Komitmen Johor untuk menjadi hab utama pengeluaran makanan halal serantau semakin kukuh dengan pembukaan kilang pemprosesan makanan halal baharu milik syarikat OTS Holdings Ltd dari Singapura melalui anak syarikatnya, Ellaziq (Malaysia) Sdn. Bhd. Kilang bernilai RM50 juta itu terletak di Jalan Kampung Pisang, Bukit Keremoiyang, kira-kira 76 kilometer dari […]
microLEAP dan HDC Perkukuh Pembiayaan Patuh Syariah untuk Usahawan Halal Sejajar Belanjawan 2026
KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2025 – Syarikat pembiayaan mikro patuh Syariah, microLEAP, menjalin kerjasama strategik bersama Halal Development Corporation Berhad (HDC) bagi memperluas peluang pembiayaan untuk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKS) Halal di seluruh negara. Inisiatif ini menyokong agenda Belanjawan 2026, yang memberi penekanan kepada pemberdayaan PKS, pembiayaan mampan dan pembangunan ekosistem Halal, sejajar […]