Restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ Pavilion KL Kini Halal – Makan Tanpa Was-Was!

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2025 – Peminat Uncle Roger dan penggemar nasi goreng boleh bersorak gembira. Restoran milik pelawak terkenal itu, “FUIYOH! It’s Uncle Roger” yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur, kini secara rasmi menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berita ini dikongsi oleh Nigel Ng, pelawak Malaysia yang terkenal dengan watak […]

Luckin Coffee Malaysia Dapat Sijil Halal, Perkukuh Kepercayaan Pelanggan Muslim

PETALING JAYA, 23 Oktober 2025 – Dalam usaha menyokong aspirasi negara untuk memperkukuh ekosistem halal yang inklusif dan diyakini, Luckin Coffee Malaysia, jenama kopi antarabangsa terkemuka dari China, secara rasmi mengumumkan penerimaan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi dua cawangan pertamanya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri. Pensijilan ini menandakan satu […]

Premis Makanan di Kedah Disiasat, Salah Guna Logo Halal Tanpa Pensijilan Sah

SUNGAI PETANI, 15 Oktober 2025 – Isu penyalahgunaan logo Halal kembali hangat apabila sebuah syarikat pemprosesan makanan di Kedah diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan logo Halal tanpa kebenaran rasmi. Kes ini sekali lagi menegaskan pentingnya integriti pensijilan Halal dalam industri makanan di Malaysia. Operasi Bersepadu KPDN, KKM dan JHEAIK Serbuan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan […]

MUIS Perkenal Sijil Halal Digital, Proses Lebih Lancar dan Telus 

Langkah inovatif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan sijil Halal digital baharu menerima sambutan positif daripada penggiat industri makanan dan minuman (F&B), yang melihatnya sebagai transformasi penting dalam meningkatkan kecekapan operasi, ketelusan serta keyakinan pengguna terhadap status Halal produk.  Dilancarkan pada 1 Oktober lalu, sijil Halal digital MUIS menampilkan kod QR dengan kemas kini masa […]

Vietnam Pacu Ekonomi Halal Dunia Dengan Lonjakan Eksport ke Eropah

Vietnam kini muncul sebagai antara ekonomi paling dinamik di Asia, didorong oleh rangkaian 17 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menghubungkan negara itu dengan pasaran utama di Asia, Eropah dan Amerika. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan tarif perdagangan, tetapi turut membuka peluang besar dalam sektor bernilai tinggi seperti pertanian, pemprosesan makanan dan perkhidmatan Halal, menjadikan Vietnam […]

Malaysia–Pakistan Umum Kuota Dagangan Daging Halal Bernilai RM940 Juta

Malaysia dan Pakistan mengumumkan pelancaran kuota dagangan baharu bernilai AS$200 juta (RM940 juta) bagi eksport daging Halal ke Malaysia, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi digital, pendidikan dan pertanian. Pengumuman ini dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia, di mana beliau mengadakan rundingan dua hala menyeluruh bersama Perdana […]

BPJPH Perkukuh Kerjasama Global untuk Bina Ekosistem Halal

Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia telah menegaskan kembali komitmennya untuk memperkukuh kerjasama dalam dan luar negara bagi membina ekosistem Halal serta meletakkan Indonesia sebagai rujukan utama Halal di peringkat global. “Indonesia bekerjasama dengan pelbagai institusi Halal luar negara bagi memperluas jaringan perkhidmatan Halal,” kata Timbalan Ketua Bidang Pendaftaran dan Pensijilan Halal BPJPH, Mamat […]

Indonesia Sasar 1 Juta Sijil Halal Percuma untuk Perkasa Pelancongan Mesra Muslim

JAKARTA – Indonesia kini giat memperkukuh sektor pelancongan mesra Muslim melalui program pensijilan Halal percuma yang disasarkan kepada usahawan mikro dan kecil di seluruh negara. Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH), Ahmad Haikal Hasan berkata, usaha ini dijalankan menerusi kerjasama strategik antara BPJPH dan Kementerian Pelancongan bagi memastikan sinergi antara program yang saling menyokong. […]

Restoran Yik Mun Raih Sijil Halal Selepas 99 Tahun Beroperasi

TANJUNG MALIM, 13 Jun 2025 – Restoran ikonik Yik Mun yang telah beroperasi sejak 1926 di Tanjung Malim, Perak, kini menerima pengiktirafan rasmi Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas 99 tahun beroperasi, sekali gus menamatkan spekulasi dan kontroversi berhubung status Halalnya. Perkembangan ini dikongsikan oleh pengguna platform X, @AshraffMokhtar, yang memuat naik tangkap […]

Malaysia-Poland Perkukuh Kerjasama Halal, Teknologi Hijau dan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Malaysia dan Poland bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama termasuk industri Halal, pertahanan, teknologi digital, dan tenaga hidrogen hijau. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Poland dalam teknologi moden menjadikannya rakan dagang penting di peringkat Kesatuan Eropah dan rantau ini. […]